Thursday, March 8, 2012

HANGATNYA PEKELILING. SI BLOGGER MANGKUK SISI BUKIT SPIN CERITA MB PERAK...


TC merungkai kembali Persoalan yang di keluarkan oleh Bloggers Sisi Bukit yang telah membalun YAB MB Perak sebagai fitnah (klik sini).. Jika di lihat entri taipingcentral terdahulu ( klik sini ) TC ada menyebut perihal tentang seorang pakcik yang merungut2 mendakwa duit bantuan BR1M dia sebanyak 15% akan diserahkan kepada kawasan. Entri seperti berikut:

As salam. Terkejut TC bila mana satu makhluk orang kuat PAS merungut-rungut di depan TC di lokasi tempat juadah selalu santap bersarapan. Mana taknya, boleh dikatakan satu kedai tu boleh dengar suara pakcik ni.

TC pun pe lagi, pasang la telinga. Rupanya dia dok merungut duit BR1M yang dia baru dapat akan di aqhiqah kan kepada kawasan depa. 15% atau RM50 kena pulang balik pada kawasan atau dewan masing. Katanya untuk persediaan dan keperluan PIlihanraya Umum 13. Muncung pakcik tu punya panjang, ye lah baru nak berisi poket udah kena pau.

Malah sahabat2 terdekat beliau mengiakan akan perkara berikut semasa semeja dengan dia. Masing-masing mengeluh, menjuih bibir ekoran kejadian ini. TC ada saksi. Ramai lagi Juak PAS yang tidak menafikan perkara ini. Malah Blogger Sisi Bukit pun tidak menafikannya. Kenapa?.. Penyelidikan TC di mulakan sekitar kawasan DUN Kamunting, ramai Juak PAS yang mempertikaikan perkara tersebut. Kenapa harus duit bantuan mereka disedekahkan semata-mata untuk pilihanraya.

TC nak menegaskan YAB MB Perak tidak menfitnah, ulasan yang yang di komen adalah susulan dakwaan entri TC. Malah pesuruhjaya PAS Perak, Pak Bakar Husin tidak pernah sekali pun menafikan perkara BR1M ini. ( Klik sini ). Tidak menjadi kesalahan kepada beliau katanya. Menggalakkan supaya ahli menderma, cehhhhh.. Ada ka itu macam.. YAB MB Perak tidak perlu memohon maaf, kerana berita tentang BR1M ini tidak pernah di nafikan oleh mana- mana pemimpin PAS Negeri mahupun PAS Pusat. Seolah perkara ini terjadi.

TC nak beritahu pada bloggers sisi bukit, duit bantuan yang di beri kepada rakyat adalah hak rakyat. Bukannya hak untuk hanya pemimpin-pemimpin PAS yang dah sememangnya berada malah untuk mengadakan apa jua bentuk program sudah ada peruntukan nya. Ternyata dalam entri blog Sisi Bukit sudah menjadi bukti perjuangan parti PAS adalah dalam keadaan terdesak. Sanggupkah menganiaya rakyat untuk keperluan parti semata-mata.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Bukan hanya rakyat yang bekerja kerajaan, malah swasta dan badan berkanun pun hangat rembat sama yeee. Ish Ish Ish.. Sama ada BR1M mahupun bonus-bonus lain yang di keluarkan kerajaan adalah bantuan untuk rakyat tidak kira anda payung Parti mana, Agama Apa, mahupun Bangsa Apa. Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan Parti PAS bukan lah perjuangan berkebajikan dan bukanlah visi PAS untuk memperjuangkan hak rakyat. Malah di ruangan atas sekali di Blog Sisi Bukit awal-awal lagi sudah tertera DERMA untuk PAS Bukit Gantang.

Isu besar di sini bukan surat, tetapi komitmen dalam memperjuangkan hak- hak rakyat yang menjadi persoalannya. Dimana misi dan visi perjuangan Parti PAS bila wang di kutip dari ahli atau lebih tepat lagi RAKYAT untuk tabung perjuangan pemimpin PAS anda.

Kepada Author Perak Today bilamana anda berposting ini,

Isu ini bukan sahaja di Kamunting tetapi sampai satu Malaya. Pas Pusat juga tidak menafikan perkara ini. Malah Pas Parit juga melakukan perkara yang sama.

Tahniah TC ucapkan, kes yang bukan berlaku hanya di Kamunting, malah PAS Parit tengah giat menjalankan kerja sebegini.

Kepada Cikgu Din penulis Sisi Bukit, pahamkah anda sebagai seorang cikgu akan ayat-ayat ini

"MENGULAS" dari blog... "DITANYA OLEH WARTAWAN".."MERUJUK SURAT".

TC: Jangan Lupa isu Al tantuya yang di bikin RPK.. Bukan kan ia fitnah semata-mata....

1 comments:

  1. pas mengaja pengikut2nya supaya bersedekah dal;am perjuangan menegakkan islam di Malaysia...Pas bukan UMNO yg sentiasa mendapat sponser2 drp tokeh besar dan mempunyai syarikat2 besar..jd umno jgnlah jeles...perjuangan islam ini sejak zaman nabi...adalah berharap sedekah drp pengikut2nya.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC