Tuesday, March 6, 2012
PEKELILING BARU SELEPAS BR1M. DENGAR CERAMAH MASUK SYURGA.. FATWA SONGSANG PAS NI..
5:42 PM
1 comment

Rupanya bukan hanya BR1M kat Taiping sahaja Juak Juak PAS guna pekeliling untuk sebarang bentuk kerja jahat mereka ( posting taipingcentral terdahu ) klik sini, kali ini pendedahan sahabat TC pisau.net dengan pekeliling yang baru. Klik sini
Apa dengan dengar ceramah sahaja kita telah di hisab dan di masukkan dalam syurga..
TC xnak ulas panjang.. Fikirkan lah sahabat.. Jauh dah menyimpang PAS ni.. Aduhai....
KRISIS MINYAK MASAK DI TAIPING BERMULA. DEALER IDEOLOGI PR CUBA SOROK SEBELUM SPBA DI UMUM?
9:53 AM
1 comment
Seharian semalam TC mencari minyak masak apabila stok minyak masak kat rumah TC dah nak habis. Start dari kamunting sehingga ke Bukit Gantang TC mencari jenama gred A semuanya tiada stok. Bermula dari kompleks, supermarket dan kedai2 kecil xde pulak jenama yang TC inginkan.
Kerana hangat hati, TC pun carilah jenama yg agak biasa sudah. Pun takde, hai lain macam je ni. Macam jenis visawit, saji, seri murni, daisy mana perginya stok2 ni. Yang ada cuma Cap ikan dan Bunga raya. Mula TC terfikir apalah yang pemborong ini cuba lakukan.
TC mula bertanya pada pekedai. Jawapan deme, lori tarak anta la abang. Sebulan sekali pun susah mau dapat ini minyak sekarang. Kalau ada pun botol2 kecik atau minyak yang di peket.
Adakah ini strategi Pemborong sebelum YAB PM nak umum kenaikan SPBA menjelang 17 Mac ini. Mungkin deme berkira kira untuk menaikkan harga minyak dengan tersoroknya minyak-minyak dengan harapan pengguna amat memerlukan.
TC amat berharap Kementerian atau Jabatan yang di pertanggungjawabkan dapat turun padang memantau keadaan ini sebelum ia kian meruncing. Pengguna mungkin akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil berat hal rakyat sedangkan perkara ini di lakukan pemborong yang mengambil kesempatan.
Cuba selidik sikit, adakah pemborong ini berpaksikan Pembangkang yg mungkin ini adalah salah satu strategi untuk menaikkan darah rakyat pada kerajaan menjelang PRU 13. Entah le, check le tengok.
TC: Buat kerja, Jangan dok nganga....

Monday, March 5, 2012
EKORAN PAS POW 10% BR1M - APA YG PESURUHJAYA NEGERI MELALUT NI.
5:43 PM
No comments
TC pening dengan pak bakaq husin ni. Boleh plak dia kata sebahagian daripada cara ahli nak buat kerja amal. Aduhai, orang cetek ilmu pun reti la bro. Dah tentu penerima BR1M sudah semestinya di kalangan org yg susah atau lebih tepat lagi di bawah gaji 3k.
Udah plak itu, idak di nafikan perkara ini, maka jelas dan terbuktinya kejadian ini memang berlaku. Pak bakaq, mana perginya negara kebajikan yang dilaung-laungkan PAS tu. Udah berkubur ke. Kalau nak kebajikan, semestinya ahli dan rakyat harus di bantu. Bukan mengkedarah apa bantuan yg depa terima.
TC amat pasti, sudah semestinya akan timbul rasa panas di kalangan ahli yang kena menyerahkan 10% daripada bantuan yg mereka terima. Cumanya x mau nak perbesarkan isu ini, konon nak menjaga hati pemimpin setempat.
TC cuma berharap, agar rakyat membuka mata seluas-luasnya akan perkara ini. PAS bukan lagi hendak membantu rakyat, mereka sekarang amat terdesak akan berbuat apa saja untuk dana pilihanraya mereka demi mendapat kuasa.
Memilih PAS umpama membeli jam murah di pasar malam. Anda membelinya kerana ia nampak cantik dan murah, tetapi ia ternyata tak bertahan lama.. Kini ramai yg telah memilih jam murah itu telah sedar kesilapan mereka..

BR1M - MULA MULA HARAM, LEPAS TU HALAL, LAST SEKALI POW..
11:33 AM
No comments
Susulan demi susulan ekoran pendedahan TC mengenai pekeliling 10% dari BR1M oleh Juak PAS untuk diserahkan kepada kawasan di sambut pelbagai pihak. Semalam Fakta ini di ulas oleh YAB MB Perak, hari ini pula Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengeluarkan kenyataan Beliau..
KUALA LUMPUR 4 Mac - Tindakan Pas yang didakwa meminta ahlinya menyerahkan 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima disifatkan sebagai perbuatan memalukan sekali gus membuktikan prinsip parti itu yang didakwa memperjuangkan kebajikan rakyat hanya sandiwara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas yang sebelum ini lantang mendakwa parti itu memperjuangkan kebajikan rakyat sepatutnya lebih memainkan peranan membela nasib ahlinya yang dibelenggu masalah kemiskinan.
Sebaliknya, menurutnya, parti itu pula mengambil kesempatan terhadap ahlinya yang menerima bantuan BR1M semata-mata mahu mencapai kepentingan politik biarpun terpaksa menidakkan hak rakyat.
"Kerajaan sediakan bantuan BR1M semata-mata mahu mengurangkan kos hidup rakyat yang miskin kerana mahu golongan ini mencapai status kehidupan yang lebih baik, bukan ambil kesempatan terhadap mereka.
TC mengucapkan syabas pelbagai blog yg sambut berita ini untuk di war2 kan kepada umum. Rakyat boleh menilai sama ada PAS yang hendak memperjuangkan rakyat atau rakyat yang kena perjuangkan Parti..
Kredit to: Gambar terbaek from Kamuntingcentral klik sini.. Tq bro..

Sunday, March 4, 2012
MB SAMBUT POST TC.. MB PERAK SELAR PAS PASAL KUTIP BR1M..
11:35 AM
5 comments
Tahniah TC ucapkan kepada YAB MB Perak kerana menyambut posting TC tempoh hari berkaitan 10% drpd BR1M yg akan di aqiqhahkan ahli kepada dewan masing. Di laman surat khabar utusan Malaysia yg berbunyi:
LUMUT 3 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.
Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.
"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.
Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.
TC: Yang menjadi peliknya, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Husin bila di tanya oleh akhbar tidak menafikan perkara tersebut malah mungkin menyatakan ia sebahagian drpd PAS untuk ahlinya bersedekah.
Ni nak bagitau, kalau nak beramal pun bukan begini caranya. Sudah tentu penerima BR1M ini adalah dikalangan orang2 yang susah.
Sudah terbukti, Pas tiada jalan lain dan semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya sehingga sanggup mengambil wang dari rakyat yang susah..
TC: fikir fikirkanlah...

SAYA SEDIA DISAMAN SELANGOR - NOH OMAR
9:21 AM
No comments
Noh sedia disaman berhubung pendedahan kewangan PKPS
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar kerajaan Selangor menyaman beliau sekiranya tidak benar pendedahannya mengenai simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas.
Beliau mempertahankan kenyataannya bahawa, simpanan tunai itu meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor sebelum ini.
"Ia bukannya daripada kecekapan pengurusan kerajaan pakatan pembangkang sekarang. Saya bersedia disaman jika kerajaan Selangor berpendapat pendedahan itu tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor di sini hari ini.
Noh mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jawapan terhadap isu itu untuk mengetahui macam mana dan bagaimana PKPS boleh dapat duit begitu banyak dalam tempoh tiga tahun.
Beliau bertanya, dari mana Pakatan Rakyat mendapat duit ini dan beliau pun ingin belajar daripada kerajaan Selangor sekarang.
Semalam Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta kerajaan Selangor mendedahkan sumber simpanan tunai PKPS itu yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas. - BERNAMA
TC: Ajer nyer yoep

MAHFUZ DI LABEL TERUK DARIPADA LEMBU DAN KAMBING
8:17 AM
No comments
Mahfuz Lebih Teruk Dari Lembu dan Kambing-Hasan Ali
"Kalau lembu kambing pun boleh berfikir, tapi ada orang lebih teruk daripada itu,".
Itu kata Hasan Ali ketika mengulas tuduhan bakal PM Malaysia dari Parlimen Pokok Sena yang mengatakan Hasan ditaja oleh Kementerian Belia & Sukan.
he he he he....lebih teruk dari lembu dan kambing.
Kredit to: Yusof Aziz FB
TC: Selama ini kita ingatkan hanya lembu dan kambing yang tak cerdik,tapi ada lagi makhluk yang lebih teruk dari itu.
Apaaaaa.. Betul ke PAS buat cenggitu..
12:18 AM
No comments
Pendedahan Hasan Ali: Pas seperti cacing kepanasan!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pas kini tidak ubah seperti cacing kepanasan apabila berhadapan dengan pendedahan demi pendedahan rahsia parti itu oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan parti pembangkang berkenaan sanggup memfitnah UMNO serta menjadikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kambing hitam dengan menuduh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan dana RM30 juta membiayai siri ceramah Hasan di seluruh negara.
"Saya dah dengar kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. PAS biasalah... apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan tuduh UMNO. Ini bukan suatu perkara baru.
"Sekarang dia berhadapan dengan masalah dengan Hasan Ali yang menjelajah di seluruh negara menceritakan perkhabaran yang beliau tahu dalam Pas.
"Jadi Pas dah menggelatak. Menggelatak itu seperti cacing kepanasan. Jadi bila dah jadi begitu, dia tengok tidak ada orang lain boleh dipersalahkan melainkan UMNO. Jadi yang kena UMNO, menteri UMNO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri Jorak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kononnya KBS menyalurkan dana RM30 juta bagi membiayai program kendalian Hasan yang sedang rancak berjalan rancak di seluruh negara pada masa kini.
Katanya dakwaan itu merupakan satu fitnah dan sebagai orang Islam, Muhyiddin menasihati Pas agar tidak membuat dosa kering dengan membuat tuduhan seperti itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)