Sunday, March 4, 2012

Apaaaaa.. Betul ke PAS buat cenggitu..

Pendedahan Hasan Ali: Pas seperti cacing kepanasan!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pas kini tidak ubah seperti cacing kepanasan apabila berhadapan dengan pendedahan demi pendedahan rahsia parti itu oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan parti pembangkang berkenaan sanggup memfitnah UMNO serta menjadikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kambing hitam dengan menuduh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan dana RM30 juta membiayai siri ceramah Hasan di seluruh negara.

"Saya dah dengar kenyataan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. PAS biasalah... apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan tuduh UMNO. Ini bukan suatu perkara baru.

"Sekarang dia berhadapan dengan masalah dengan Hasan Ali yang menjelajah di seluruh negara menceritakan perkhabaran yang beliau tahu dalam Pas.

"Jadi Pas dah menggelatak. Menggelatak itu seperti cacing kepanasan. Jadi bila dah jadi begitu, dia tengok tidak ada orang lain boleh dipersalahkan melainkan UMNO. Jadi yang kena UMNO, menteri UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Dewan Undangan Negeri Jorak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar kononnya KBS menyalurkan dana RM30 juta bagi membiayai program kendalian Hasan yang sedang rancak berjalan rancak di seluruh negara pada masa kini.

Katanya dakwaan itu merupakan satu fitnah dan sebagai orang Islam, Muhyiddin menasihati Pas agar tidak membuat dosa kering dengan membuat tuduhan seperti itu.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC