Sunday, March 4, 2012

SAYA SEDIA DISAMAN SELANGOR - NOH OMAR

Noh sedia disaman berhubung pendedahan kewangan PKPS

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar kerajaan Selangor menyaman beliau sekiranya tidak benar pendedahannya mengenai simpanan tunai Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas.

Beliau mempertahankan kenyataannya bahawa, simpanan tunai itu meningkat berbanding RM8.3 juta pada 2008 diperolehi hasil transaksi jual beli tanah PKPS di Sarawak ketika Barisan Nasional mentadbir negeri Selangor sebelum ini.

"Ia bukannya daripada kecekapan pengurusan kerajaan pakatan pembangkang sekarang. Saya bersedia disaman jika kerajaan Selangor berpendapat pendedahan itu tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Kuala Selangor di sini hari ini.

Noh mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jawapan terhadap isu itu untuk mengetahui macam mana dan bagaimana PKPS boleh dapat duit begitu banyak dalam tempoh tiga tahun.

Beliau bertanya, dari mana Pakatan Rakyat mendapat duit ini dan beliau pun ingin belajar daripada kerajaan Selangor sekarang.

Semalam Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta kerajaan Selangor mendedahkan sumber simpanan tunai PKPS itu yang meningkat kepada RM114 juta tahun lepas. - BERNAMA

TC: Ajer nyer yoep

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC