Monday, March 5, 2012

BR1M - MULA MULA HARAM, LEPAS TU HALAL, LAST SEKALI POW..

Susulan demi susulan ekoran pendedahan TC mengenai pekeliling 10% dari BR1M oleh Juak PAS untuk diserahkan kepada kawasan di sambut pelbagai pihak. Semalam Fakta ini di ulas oleh YAB MB Perak, hari ini pula Ketua Penerangan UMNO Malaysia mengeluarkan kenyataan Beliau..

KUALA LUMPUR 4 Mac - Tindakan Pas yang didakwa meminta ahlinya menyerahkan 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima disifatkan sebagai perbuatan memalukan sekali gus membuktikan prinsip parti itu yang didakwa memperjuangkan kebajikan rakyat hanya sandiwara.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Pas yang sebelum ini lantang mendakwa parti itu memperjuangkan kebajikan rakyat sepatutnya lebih memainkan peranan membela nasib ahlinya yang dibelenggu masalah kemiskinan.

Sebaliknya, menurutnya, parti itu pula mengambil kesempatan terhadap ahlinya yang menerima bantuan BR1M semata-mata mahu mencapai kepentingan politik biarpun terpaksa menidakkan hak rakyat.

"Kerajaan sediakan bantuan BR1M semata-mata mahu mengurangkan kos hidup rakyat yang miskin kerana mahu golongan ini mencapai status kehidupan yang lebih baik, bukan ambil kesempatan terhadap mereka.

TC mengucapkan syabas pelbagai blog yg sambut berita ini untuk di war2 kan kepada umum. Rakyat boleh menilai sama ada PAS yang hendak memperjuangkan rakyat atau rakyat yang kena perjuangkan Parti..

Kredit to: Gambar terbaek from Kamuntingcentral klik sini.. Tq bro..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC