3:34 PM
Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah ‘Menjana Ummah Gemilang‘. Berikutan dengan itu, diharapkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat memberi cetusan penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah dalam membentuk peribadi dan diri sahabat-sahabat baginda seterusnya memberi petunjuk serta tauladan buat sekalian umat Islam hingga ke hari ini. Penjanaan kegemilangan ummah hanya dapat dicapai dengan berpegang teguh pada al-Quran dan as-Sunnah serta mengamalkan segala isinya. Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun diharapkan dapat menanam satu kerangka asas jiwa umat Islam terhadap aqidah yang sahih. Sandaran penghayatan terhadap sirah nabawi serta faham dalam gerak kerja Rasulullah s.a.w. dalam membawa masyarakat mentauhidkan Allah s.w.t. perlu diterapkan secara berterusan sebelum, semasa dan selepas sambutan Maulidur Rasul. Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang. Pembatalan perarakan Maulidul Rasul ini menunjukkan kerajaan negeri jelas cukup berkira dalam bab duit untuk program umat Islam . Mereka nampak nasi sebungkus dengan air mineral sebotol untuk peserta perarakan cukup banyak budget .Walau apapun alasan yang diberikan oleh Exco Agama , Malik Itik mengenai pembatalan , umat Islam di PP tidak dapat menerima keputusan ini dan cukup kecewa dengan pembatalan perarakan setahun sekali ini . TC merasakan pasti ramai yang akan mengeluh mengenangkan nasib Umat Islam Dibumi Penang....
0 comments:
Post a Comment