Wednesday, February 17, 2010

YBK: Tujuh laporan polis berhubung salah guna kuasa MB Selangor diterima... aduhaiiii khalid..


17/02/2010 3:23pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bagaimanapun dua dari tujuh laporan itu telah diklasifikasi sebagai memfitnah.

"Dari tujuh report itu, dua telah diklasifikasikan sebagai fitnah dan disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah,” katanya.

Pada 7 Februari lepas, satu laporan dibuat oleh salah seorang Pengarah YBK, Mohamed Tamin di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang turut disertai Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom.

Aduan tersebut dibuat selepas Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor memulangkan kepada YBK cukai tanah yang telah dibayar oleh syarikat itu pada Ogos 2009 dengan cek bernilai RM1.28 juta pada 4 Februari lalu.

Zainal Abidin berkata, para pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor tidak ada bidang kuasa untuk menyerahkan kembali wang pembayaran cukai tanah itu. – Bernama


TC : 5 laporan ditolak ada lagi 2 beb... siasat jgn tak siasat........................

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC