Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, March 19, 2012

DAH TENTU MASALAH MORAL PALING BANYAK OLEH PEMIMPIN PR. kan kan kan

Tolak pemimpin ada masalah moral

Pemimpin yang mempunyai masalah moral tidak layak diberi amanah atau mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan seumpama itu juga langsung tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Justeru, kata beliau, rakyat sewajarnya berfikir dan bertindak lebih matang dengan tidak memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan masalah moral serius termasuk salah laku seks.

"Takdir Allah mendedahkan akhlak pemimpin sebegini yang tidak ikhlas dalam perjuangan politik Islamnya, walhal mendakwa berjuang atas nama parti Islam.

"Perkara ini didedahkan (jika benar) supaya rakyat boleh melihat dan berfikir bahawa orang seperti ini tidak layak diberi mandat atau amanah, tidak layak diangkat sebagai pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tanah rizab Melayu Kelantan terancam?



KELANTAN dikatakan negeri paling ketat di Malaysia menguatkuasakan undang-undang tanah dalam usaha melindunginya daripada terlepas kepada pihak luar iaitu melalui penubuhan Enakmen Tanah Negeri Kelantan 1930.

Ia sekali gus menjadikan Kelantan negeri paling banyak mempunyai tanah rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri itu.

Namun, beberapa siri demonstrasi rakyat Kelantan yang marah tanah mereka diambil kerajaan negeri sebelum dipajak kepada syarikat bukan bumiputera menimbulkan pelbagai persoalan mengenai status tanah rizab Melayu di negeri tersebut.

TC: jawab jangan tak jawab Nik Aziz..

Sunday, March 18, 2012

GAMBAR BUKTI - LAGI PENDEDAHAN PKR DI BAWAH PAYUNG ISRAEL..

Bukti demi bukti, fakta demi fakta, gambar demi gambar telah di dedahkan untuk mencari apa yang sedang dan berlaku di sebalik tabir PKR.

Penipuan Fuckatan terbongkar lagi!Azmin Ali yang bertegas PKR tidak pernah menggunakan khidmat agensi Yahudi untuk merancang kempen dan jentera Pilihan Raya (PRU12) lalu.. Suara Keadilan terbitan 28 November – 12 Disember 2006 melaporkan sebelum PRU 12, NDI telah melatih lebih 30 orang aktivis PKR di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Before joining NDI, Mr. Wollack co-edited the Middle East Policy Survey, a Washington-based newsletter. He also wrote regularly on foreign affairs for the Los Angeles Times. From 1973 to 1980, he served as legislative director of the American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

Nak tahu apa itu NDI sila baca www.ndi.org

Kredit to: ABAI FB

Saturday, March 17, 2012

LATEST - LEMBAGA DISIPLIN SEDANG KUMPUL MAKLUMAT KADIR SHEIKH

PUTRAJAYA: Lembaga Disiplin UMNO sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lalu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran UMNO itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lalu, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Katanya, BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya. - BERNAMA

TC: pening la dgn dia sorang ni. Belah mana pun x tau la. Tak abis2, keeee dah tau xdapat jadi........

MARI BANDING - ANTARA UMNO DAN PAS, MANA LEBIH BERKEBAJIKAN..

SIAPA YANG LEBIH BERKEBAJIKAN?

Siapa yang lebih berkebajikan antara Kerajaan UMNO atau Pas Kelantan? Ini kerana Pas telah menukar dasarnya daripada Islam kepada berkebajikan.

Dengan pada masa yang sama Kerajaan Pas Kelantan sering melaung-laungkan pelbagai program kebajikan yang dilakukannya tetapi tidak siapa yang tahu jumlah sebenar peruntukan yang diberikan untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

Apa yang pasti setiap program yang diadakan BANNER akan dinaikkan diseluruh pelusuk negeri, mungkin kos banner dan promosi lebih tinggi daripada kebajikan untuk rakyat.

Rupa-rupanya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pas Kelantan dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat amat kecil tidak sampai 10% daripada sumbangan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM84.5 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini berbanding kerajaan Pas Kelantan hanya RM7.4 juta pada tahun lalu.

Seramai 33,936 orang mendapat manfaat daripada peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan manakala hanya 7,279 orang penerima bantuan daripada kerajaan Pas Kelantan.

Maka tidak hairanlah kenapa Exco yang paling disayang oleh Nik Aziz, Hussam Musa tidak menjawab ketika disoal mengenai jumlah peruntukan kerajaan Pas Kelantan kepada JKM negeri.

Hussam cuba menyembunyikan fakta sebenar dan mungkin Exco atau waki rakyat Pas 'SEBAT' peruntukan pusat beri kepada rakyat kemudian mengaku hak negeri.

TC: JKM adalah agensi yang mana kedudukan dari segi perjawatan, peruntukan serta tanggungjawab adalah secara bersama diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

KOMPOM - ZAID IBRAHIM BERTANDING SEAT KOTA BHARU..



KOTA BHARU 17 Mac – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Keputusan itu dibuat berdasarkan kebolehan serta peluang yang baik untuk membersihkan namanya dalam dunia politik dan bukan untuk memecahkan undi mana-mana parti yang bertanding, katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Kita di Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Pada PRU 2004, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bahru memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan dengan majoriti 1,723 undi.

Zaid mendakwa banyak orang buat pelbagai tuduhan terhadapnya, dan “saya rasa peluang PRU ini orang Kota Bharu tentukan (sama ada saya ini) boleh pakai atau tidak pakai.”

Zaid berkata, beliau juga lebih selesa untuk tidak bertanding atas mana-mana tiket parti politik yang lebih berpengaruh dan yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.

"Saya bertanding atas diri saya. Tapi kalau ada orang nak beri ruang, kalau ada untungnya, baguslah. Itu bukan keputusan saya dan buat masa ini saya selesa bertanding atas diri saya,” katanya. – BERNAMA

PANAS - PEMIMPIN PAKATAN YG KEBULUR BAWA LARI NASI KENDURI

GEORGETWOWN: "Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

"Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Wednesday, March 14, 2012

KERAJAAN MALAYSIA AUTHORITARISM KATA ANWAR. KEPALA BAPAK DIA.

Rakyat mengalu-alukan imbasan Menteri Dalam Negeri pasal undang2 baru yg akan ganti I.S.A ni. Jangan risau, semestinya ia mengambil-kira elemen-elemen yang berfungsi untuk menjamin keadilan untuk tahanan. Pemansuhan I.S.A pun dah buktikan komitmen berterusan kepimpinan negara untuk sentiasa meningkatkan lagi tahap keadilan dan hak asasi untuk rakyat jelata.

Jadi mananya authoritarianism dalam kepimpinan negara sebagaimana didakwa dan dicanang oleh anwar ibrahim??? sampaikan I.S.A pun kita mansuh. Apa yang tak adilnya?? apa yang kejamnya?? kehendak rakyat kita turuti.. rakyat didahulukan.. anwar ibrahim? hari-hari kencing rakyat!

Bukan mudah untuk membentuk sesebuah kerajaan yg mempunyai berbagai2 bangsa , beranika budaya dan juga berlainana agama seperti negara Malaysia.

Hanya Kerajaan yg bijak dalam urustadbir negara saja yg dapat menjadikan seluruh rakyat menjadi padu dlm bentuk rakyat 1 Malaysia. UMNO/BN adalah kerajaan yang mantap dan telah membuktikan kejayaan dalam mengurustadbir negara dalam suasana aman sejatera dan maju jaya. Terima kasih UMNO/BN !!

TC: UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC