Monday, March 19, 2012

DAH TENTU MASALAH MORAL PALING BANYAK OLEH PEMIMPIN PR. kan kan kan

Tolak pemimpin ada masalah moral

Pemimpin yang mempunyai masalah moral tidak layak diberi amanah atau mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan seumpama itu juga langsung tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Justeru, kata beliau, rakyat sewajarnya berfikir dan bertindak lebih matang dengan tidak memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan masalah moral serius termasuk salah laku seks.

"Takdir Allah mendedahkan akhlak pemimpin sebegini yang tidak ikhlas dalam perjuangan politik Islamnya, walhal mendakwa berjuang atas nama parti Islam.

"Perkara ini didedahkan (jika benar) supaya rakyat boleh melihat dan berfikir bahawa orang seperti ini tidak layak diberi mandat atau amanah, tidak layak diangkat sebagai pemimpin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC