Saturday, March 17, 2012

PANAS - PEMIMPIN PAKATAN YG KEBULUR BAWA LARI NASI KENDURI

GEORGETWOWN: "Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan," kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

"Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

"Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu," katanya yang ditemui di sini, semalam.

2 comments:

  1. berita sahih ker ni? dari mana ye sumber?

    ReplyDelete
  2. baca metro semalamlah bengong...dalam harakah maner ada siar berita memalukan ni...

    bab makan rezeki haram, juak ni juga jaguhnya...

    kalau aku jadi tuan rumah, sape-sape yang makan nasi tu tak halal dunia akhirat...dah le dapat malu...sampai mati orang akan bercerita..

    nilah perangai juak pakatan...bini orang rempat...nasi kenduri orang pun sapu jugak...

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC