Saturday, March 17, 2012
KOMPOM - ZAID IBRAHIM BERTANDING SEAT KOTA BHARU..
12:56 PM
No comments
KOTA BHARU 17 Mac – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Keputusan itu dibuat berdasarkan kebolehan serta peluang yang baik untuk membersihkan namanya dalam dunia politik dan bukan untuk memecahkan undi mana-mana parti yang bertanding, katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Kita di Kubang Kerian, di sini, malam tadi.
Pada PRU 2004, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bahru memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan dengan majoriti 1,723 undi.
Zaid mendakwa banyak orang buat pelbagai tuduhan terhadapnya, dan “saya rasa peluang PRU ini orang Kota Bharu tentukan (sama ada saya ini) boleh pakai atau tidak pakai.”
Zaid berkata, beliau juga lebih selesa untuk tidak bertanding atas mana-mana tiket parti politik yang lebih berpengaruh dan yakin dengan kemampuan yang dimilikinya.
"Saya bertanding atas diri saya. Tapi kalau ada orang nak beri ruang, kalau ada untungnya, baguslah. Itu bukan keputusan saya dan buat masa ini saya selesa bertanding atas diri saya,” katanya. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment