Monday, November 19, 2012

APLIKASI PERCUMA: Tonton Filem Dan Dokumentari Percuma Melalui iOS, Android Dan Blackberry

Aplikasi SnagFilms adalah sebuah aplikasi hiburan yang membolehkan pengguna untuk meneroka ribuan filem yang telah memenangi anugerah dan juga filem dokumentari melalui pelbagai peranti sama ada iOS, Android dan BlackBerry.

Terdapat lebih daripada 400 buah tajuk dalam pelbagai kategori boleh ditonton secara percuma. Walau bagaimanapun, pengguna akan ditayangkan dengan iklan terlebih dahulu sebelum menonton filem yang dipilih. Konsepnya sama seperti Youtube, namun agak mengecewakan kerana iklan turut dipaparkan ketika filem sedang ditayangkan.

Keistimewaan utama SnagFilms ialah koleksi filem yang disediakan sukar untuk didapati di tempat yang lain terutama filem dokumentari.

Bagi pengguna iPhone, menurut Tuaw.com, ia hanya boleh didapati bagi iOS versi 4.3 ke atas. Walau bagaimanapun, buat masa ini ia masih belum dapat digunakan oleh pemilik iPhone 5.

Muat turun SnagFilms bagi iOS di Apple Store. Manakala bagi pengguna Android di Google Play


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC