Wednesday, November 21, 2012

Senarai Penuh Ulamak Pas/Pkr/UMNO Yang Menggesa @n_izzah Wajar Bertaubat. #100ThingsThatMakeMeHappy @NajibRazak @anwaribrahim @abdulhadiawang #KenapaAwak #EverybodyLikes #BNBAGUS

Beberapa orang ulama' yang selama ini memberikan input agama kepada Ketua Umum dan PKR secara umum; sudah sepakat dan menyampaikan pandangan bahawa dalam isu KEBEBASAN BERAGAMA dan LGBT – Izzah wajar minta maaf dan mengaku kesilapan.

Pada mereka, Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mampu mengundang kontroversi. Izzah yang tidak mempunyai autoriti dalam bidang agama, wajar meminta maaf kerana terlalu celupar dan mudah meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Tokoh-tokoh ini bukan pemain politik pun. Mereka ulama' biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam PKR.

Harapan dan keinginan mereka mudah sahaja, dalam pada PKR dan pimpinannnya menggila mencari undi, tidak seharusnya ada usaha meletakkan agama sebagai taruhan dan komoditi. Mereka kecewa, kerana sebagai pemimpin muda, Izzah gagal menjaga adab untuk memelihara agama. Malahan, seorang ulama' konservatif terus terang meminta Izzah mengucapkan semula dua kalimah syahadah. Ini kes serius.

Segala maklum balas ini sudahpun disampaikan secara bersendirian dan terus terang kepada Anwar. Dalam pertemuan yang ringkas itu, Anwar bersetuju bahawa Izzah terlalu overzealous untuk mengemukakan pandangan dalam isu yang terlalu sensitif kepada umat Islam. Anwar mengakui sendiri kepada barisan ulama', bahawa mereka perlu lebih berhati-hati dalam mengemukakan pandangan selepas daripada ini.

Soalnya, bersediakan Izzah untuk meminta maaf? Apakah Izzah sanggup membuang segala egonya bagi mengikuti nasihat kumpulan ulama' pro PKR ini? Apakah Izzah sanggup mengakui bahawa pandangannya adalah suatu khilaf yang terlalu berat untuk ditanggung?

"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh  mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak  boleh menerima ini.

Pada pandangan ulama' yang berkumpul pada malam itu – dalam isu LGBT, Izzah sudah menyimpang jauh. PKR tidak boleh kelihatan mempertahan golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender. Para ulama' berpandangan bahawa pendekatan ini tidak akan diterima oleh pengundi Melayu dan bukan Islam.

Apabila Anwar mengatakan bahawa dia TIDAK mendapat maklum balas negatif daripada PAS – kumpulan ulama' ini menyebut: 'mereka menghalalkan semua perkara atas nama politik; kami bertanggungjawab kepada Allah dan Rasul'. Anwar terdiam.

So, apa tindakan Izzah apabila ulama' PKR sendiri minta dia minta maaf???

Kredit to: gelagatanwar.wordpress.com


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC