Saturday, November 24, 2012

HANGAT - PENGAKUAN LELAKI JAMBU DALAM AKTIVITI LGBT NYA..

Berbalik kepada subjek yang ingin TC paparkan disini ialah semasa minum di Dome KLCC itu TC terjumpa dengan sahabat dahulu bersama dua orang rakannya. Kami berborak panjang sehinggalah menyentuh hal-hal rumah tangga.

Beliau telah berkahwin selama 3 tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Beliau mengaku bahawa beliau seorang gay. Perkahwinan bagi beliau hanyalah lakonan untuk menutup bising-bising mulut keluarga.

Beliau amat sayang kepada isterinya tetapi beliau tidak bernafsu untuk bercengkerama dan berasmara dengan isterinya. Berbagai cara telah diusahakan untuk memulihkan  "sakit" beliau itu tetapi gagal. Beliau hanya bernafsu kepada lelaki comel dan "vogue" sahaja. Malah ada koleksi anak-anak ikan dibawah peliharaan beliau.

Pernah malam pertama perkahwinan beliau, nafsu beliau langsung tidak ada pada isteri kerana katanya apabila beliau bercumbu mulut isteri beliau berbau dan beliau terus keluar rumah mencari "anak ikan". Beliau juga mendedahkan pada MR bahawa golongan seperti beliau ini ramai dan terdapat kelab-kelab gay sebagai port mereka.

Apa yang ingin MR paparkan ialah gejala gay dalam Negara Islam kita ini semakin membengkak. Kelab-kelab gay seperti di hadapan Beach Club Jalan Sultan Ismail semakin hari semakin ramai pengunjungnya.

Malah ianya sukar dikenal pasti golongan ini kerana mereka ialah lelaki tampan dan lelaki sesama lelaki dalam satu bilik hotel tidak dikira berkhalwat.

Konklusinya, berketayap bukan tentu lagi ustaz.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC