Saturday, November 24, 2012

JUAK PAS TOK SAH BACA - Apa Beza Islam Pas Dengan Islam Sebenar..

Perbezaan mudah di antara Islam dengan Pas bagi mengatasi kekeliruan umat Melayu Islam masa kini:

1. Islam adalah agama Allah manakala PAs hanyalah sebuah parti politik ciptaan manusia biasa

2. Islam diwahyukan oleh Allah melalui perantaraan Nabi Muhammad SAW manakala PAs ditubuhkan oleh manusia dan didaftarkan dengan R.O.S

3. Islam adalah sebuah agama untuk seluruh umat Islam yang beriman kepada Allah SWT manakala PAs adalah sebuah parti politik yang mempunyai keahlian sama seperti parti2 politik yang lain, tidak menyeluruh kepada seluruh umat Islam di dunia

4. Sirah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad SAW iaitu "Kekasih Allah" manakala perjuangan PAs dibawa oleh manusia biasa yang tidak bebas dari melakukan sebarang maksiat dan dosa

5. Islam itu agama yang menyeru kepada kebaikan dan perpaduan manakal PAs menyeru kepada perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam

Cukup sekadar perbandingan mudah untuk kita orang2 yang biasa bagi mengatasi kekeliruan. Kalau benarlah PAs memperjuangkan Islam, maka pemimpin2 dan penyokong2 PAs perlu menunjukkan akhlak yang baik dan terpuji seperti pengasih, penyayang serta sentiasa bersangka baik.

Sebagai contoh mudah Nik Aziz adalah seorang pemimpin PAs yang begitu pendendam terhadap Umno dan sanggup mengangkat kafir harbi sebagai kawan manakala orang2 Umno yang sama Islamnya seperti PAs dianggap musuh..

PAs sanggup mendoakan kemusnahan dan kecelakaan bagi Umno tetapi tidak pula mendoakan kemusnahan serta kecelakan bagi Rejim Zionis yang membunuh umat Islam di Timur Tengah. Nik Aziz sanggup menyamakan PAs setaraf dengan agama Islam sehingga menuduh Umno murtad kerana tidak menyokong perjuangan politiknya.

Ingatlah bahawa hanya Allah yang Maha Mengetahui tahap iman seseorang hambaNya dan bukan layak langsung bagi seorang Nik Aziz untuk menentukan tahap keIslaman seseorang hamba Allah. Adalah lebih baik bagi Nik Aziz bersara dari dunia politik yang semakin merapu dan lebih baik duduk di masjid mengajar agama yang benar sahaja

Kredit to - Bung Mukther FB
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC