Friday, November 30, 2012

TERKINI KES ROGOL - WARGA EMAS DIDAKWA BALUN WANITA Di RUANG TAMU

Seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita di Benut, Pontian, Sabtu lepas.
   
Mohd Radzuan Abd Karim, 63, dituduh melakukan perbuatan terhadap mangsa berumur 27 tahun itu di ruang tamu di sebuah rumah di Benut, Pontian pada 10 pagi.
   
Dia yang berasal dari Taman Murni, Benut didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
   
Hakim Nu'aman Mahmud Zuhdi membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan menetapkan 11 Disember depan untuk sebutan semula kes.
   
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Kredit to sinarharian.com 30 11 2012


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC