Seorang bekas penyokong tegar Pas yang terlalu taksub dengan Amanat Haji Hadi, mendedahkan bagaimana dia mendirikan solat Jumaat 'berimamkan' siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran radio kerana menganggap imam di kampungnya kafir.
Menurut Aziz Jusoh, 53, dari Kampung Gong Guchil dekat sini, selepas menyedari tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam, dia terus bertaubat dan nekad meninggalkan Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapati ia merosakkan akidah.
Katanya, sebagai pengikut parti yang ilmu agama cetek, tindakan memulaukan imam atau orang UMNO dan mengkafirkan mereka dianggap halal serta jihad dalam memperjuangkan Islam bersama Pas.
"Setiap kali Jumaat, sebuah radio pasti berada di hadapan saya yang siap sedia untuk menunaikan solat dua rakaat. Saya akan mendengar khutbah dan berimamkan suara yang berkumandang.
''Sampai begitu sekali keterlanjuran saya kerana terlalu taksub kepada perjuangan Pas tanpa berfikir amalan sedemikian adalah bidaah dan tidak sepatutnya dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Guchil dekat sini kelmarin.
Dia mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Paling taksub, dakwa Aziz, pada masa itu ada penyokong tegar Pas yang menunaikan solat dengan meletakkan gambar atau poster pemimpin parti di bawah sejadah.
Aziz mendakwa, sepanjang menyokong Pas lebih 15 tahun lalu, arahan supaya mengkafirkan orang UMNO masih kuat dalam ingatannya hingga sekarang dengan menyaksikan akad nikah semula rakan-rakannya yang mempercayai pernikahan mereka yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.
Sumber: utusan online
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
foto tu, depa musafir kot, solat jamak qasar kat blkg tu.
ReplyDelete