Perjuangan yang konsisten demi keadilan, kebebasan dan kesaksamaan sejagat antara sebab utama seorang tokoh akademik Professor Dr Tajuddin Rasdi menyertai DAP.
Beliau berkata, sifat mulia itu juga adalah antara asas penting yang terkandung dalam ajaran Islam dalam hubungan sesama makhluk, yang mana dapat dilihat dalam perjuangan DAP.
"Saya tidak melihat bahawa ada sebarang unsur anti-Islam yang didakwa sesetengah pihak. Perjuangan utama DAP adalah menentang rasuah, membela rakyat yang tertindas, mahu keadilan ditegakkan.
"Semua ini ada dalam prinsip Islam, atas prinsip itulah saya menyertai DAP," tegasnya dalam wacana anjuran bersama DAP Johor dan Roketkini.com.
Beliau yang juga Pensyarah Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, rakyat Malaysia tidak harus mudah termakan dengan segala tohmahan terhadap DAP.
"Bila keluar isu nak terbitkan Bible dalam Bahasa Melayu, tapi tidak ada bukti, ini satu fitnah.
"Sebab itu kita harus hati-hati. Ada orang ingat dia boleh 'bohong sunat' (fitnah), tapi mana Islam ajar semua tu," ujar beliau.
Menyentuh mengenai politik pula, Dr Tajuddin berpendirian bahawa dalam sebuah negara demokrasi, rakyat tanpa mengira batas kaum adalah berkuasa dan bukan dikuasai atau dimonopoli mana-mana pihak.
Oleh itu, katanya, persoalan samada Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah tidak timbul sama sekali.
"Sistem demokrasi di Malaysia ada political representative (wakil rakyat), dia adalah orang yang kita pilih. Macam mana nak hilang kuasa? Kita sebagai rakyat yang tetap kekal berkuasa," kata beliau.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
gelaran Profesor dan Doktor bukan mencerminkan si Tajuddin ni cerdik dan bijak...tapi bertambah DUNGGU dan BANGANG kerana boleh "dibeli" dan diperbodohkan oleh DApig...Kebebasan dan Kesaksamaan katanya...habis kenapa si anak beranak Kit sial dan Kapal singh tak boleh orang nak lawan dan rebut jawatan????....
ReplyDelete