Tindakan licik seorang warga emas menyembunyikan dadah di celah payu daranya membawa padah apabila polis berjaya mengesan perbuatan itu sebelum bertindak merampas berpuluh tiub dadah selepas melakukan pemeriksaan di dalam coli wanita terbabit.
Suspek yang turut menghidap penyakit kencing manis dikatakan cuba berselindung di sebalik usia dan keadaan suaminya yang uzur di rumah sebagai taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa, namun hasil risikan padu, aktiviti liciknya itu berjaya dikesan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, ibu kepada dua anak itu dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dan pihaknya sama sekali tidak menyangka wanita yang sudah separuh abad itu adalah dalang utama kepada aktiviti pengedaran dadah kepada penagih di kawasan sekitar, di sini.
Bagaimanapun katanya, hasil risikan berterusan dan maklumat orang ramai, polis berjaya mengesan sebuah rumah di Jalan Nibong didiami sepasang warga emas yang disyaki menjadi pengkalan dadah utama di kawasan berkenaan.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis dari Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun melancarkan operasi memburu suspek disyaki, hasilnya kita berjaya menahan warga emas berkenaan di rumahnya.
"Pada peringkat awal, kita gagal menemui sebarang dadah, namun pemeriksaan pada bahagian badan suspek yang dilakukan anggota wanita menemui 70 tiub straw di dalamnya berisi serbuk putih disyaki dadah disembunyikan di celah payu dara, di dalam coli dipakainya,"katanya.
Menurut Dahlan, selain warga emas yang dipercayai pengedar utama kepada penagih di kawasan berhampiran, pihaknya juga berjaya menahan 10 lagi penagih yang sedang mendapatkan bekalan daripada warga emas terbabit.
Wanita dari Jalan Nibong itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, sementara 10 penagih lain selepas menjalani ujian air kencing didapati positif dadah dan ditahan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
Assalamulaikum sahabat..PPH membalas kunjungan tuan tempoh hari..tidak ku sangka blog tuan antara yang terhebat di dalam arus perdana politik Malaysia...PPH dengan rasa rendah diri..,memohon agar blog PPH dapat dipautkan bersama blog tuan..bersama kita pertahankan agama, bangsa Melayu dan negara tercinta..
ReplyDeletePPH.