Polis mengedarkan 14 keping gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dalam Himpunan Shamsidar di ibu negara pada 12 Januari lalu.
Kesemua individu itu diperlukan sebagai saksi bagi melengkapkan siasatan polis mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.
"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil membantu polis. Tindakan membawa kanak-kanak bawah 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
Beruk2 ini akan lari malam...penyangak masa Himpunan BERSIH 1.0, 2.0 dll ape cerita ek PDRM?
ReplyDeletebro mohon pautkan teman :)
ReplyDeletehttp://daengselili.blogspot.com/
PCT derrrr