Penduduk kawasan perumahan Bayu Perdana, di sini, terkejut dan sama sekali tidak menyangka sebuah unit rumah teres dua tingkat yang terletak sebaris dengan kediaman mereka sebenarnya sarang kegiatan pelacuran yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lalu.
Kegiatan sindiket yang menjadikan rumah itu sebagai pusat aktiviti pelacuran terbongkar apabila diserbu sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada jam 10.45 malam kelmarin.
Seorang penduduk, Razali Rizal, 47, ketika ditemui berkata, dia sangat terkejut melihat kehadiran ramai anggota polis dan tidak menyangka ada sarang pelacuran di kawasan perumahan itu.
Menurutnya, dia dan jiran lain tidak pernah mengesyaki kediaman diserbu itu adalah rumah pelacuran walaupun sering melalui kawasan itu berikutan sindiket dijalankan secara rapi bagi mengaburi mata penduduk setempat.
"Memang saya selalu nampak banyak kereta keluar masuk dari kawasan rumah ini, tapi saya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk kerana sebelum ini rumah berkenaan didiami beberapa jururawat. – Metro
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment