Tuesday, February 16, 2010

Lu Letak Jawatan Gua Letak Jawatan.. Ada Berani Ka Apek..

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak sama.

Beliau menegaskan, individu yang perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng dan bukan dirinya atau pun orang lain kerana masalah sebenar berpunca daripada Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan wakil rakyat dengan syarat Guan Eng sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana Pulau Pinang perlu diselamatkan daripada orang sepertinya.

‘‘Dialah punca sebenar segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ini, jadi adalah wajar dia tidak lagi jadi Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru kerana Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berkata, Nik Aziz boleh berkata apa sahaja kerana tidak merasa tempias pentadbiran Guan Eng memandangkan beliau menetap di Kelantan... Utusan....

1 comments:

  1. Alooo nick aziz...lue cakap banak kotor loh.
    Itu tanah ...lue kasi sama itu DAPigs Perak lua ekor ...apa pasal? Lue ...mentari bsor talak guna lor. Lue sendiri mau ingat...

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC