Thursday, February 3, 2011

BELUM APA-APA DAH FIGHT.. KECOH BLOGGER PAS SERANG PKR DAN SHAM AMK EKORAN CALON MERLIMAU..

Diberitakan sekarang kecoh bloggers pas dok serang PKR dan sham kapla AMK ekoran penentuan calon PRK DUN Merlimau.. Macam macam le dilondehkan satu persatu keaiban dalam seluaq PKR didedahkan.. DAP pulak dok tunggu cucuk angin mana tau kot2 bleh le jadik calon gak.. Ahaks, ekekekekeke.. Berentap le hangpa yer..

Ikuti sebahagian keratan post bloggers pas yang dok balas PKR dan Sham ronggeng..



PAS telah terlalu banyak berkompromi. Terlalu banyak memberi ruang kepada PKR selama ini. Terlalu berlembut sedangkan PKR yang sedang menghadapi penyakit kronik dengan beberapa orang ahli parlimen dan DUN telah meninggalkan parti tidak pernah mahu membetulkan perjalanan parti mereka.

Di Merlimau, calon PAS lebih berpotensi. Sekalipun Ketua AMK merasakan dirinya hebat, tetapi beliau bukan anak tempatan Merlimau, dan telah diberikan peluang berkali-kali oleh PAS kerana ketamakannya untuk bertanding - tetapi tidak pernah pun menang malah kalah di kerusi yang pernah dimenangi PAS seperti Dungun.

Pada masa ini, PKR sepatutnya mengambil peluang membetulkan perjalanan parti mereka yang tercemar teruk akibat penipuan di dalam Pemilihan 2010, bukan untuk merebut kerusi PAS. Satu dunia telah tahu mengenai kepincangan perjalanan pemilihan PKR 2010tetapi belum ada langkah positif diambil oleh pucuk pimpinannya untuk mengatasinya.

Justeru itu, PAS dilihat lebih berpotensi dan lebih layak bertanding di DUN Merlimau.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC