Thursday, February 3, 2011

PANAZZZ.. ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan..

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Ekoran tindakan Shuhaimi yang melabelkan Sultan Selangor sebagai EGO didalam blognya adalah satu cubaan menderhaka kepada Sultan. Tindakan Shuhaimi ini bukan saja tak boleh diterima, malah ia sewajarnya ditentang habis-habisan demi mempertahankan maruah serta kedaulatan Sultan Selangor.

Jangan dibiarkan mereka yg mencabut kesetiaan seperti mahluk di atas bebas. Islam tak pernah mengajar kita sewenang2 mencabut kesetiaan kepada pemimpin kecuali dlm hal2 maksiat. Mana ada maksiat dlm isu perlantikan setiausaha negeri ini. Kalau di zaman Rasullah golongan seperti ini dah kena warning dengan Khalid Al-walid. Dimana keislaman PAS dan pakatan di sini ?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC