Thursday, February 10, 2011

Si Bongok Tony Pua kantoi : TLDM jelaskan punca kos pembelian kapal LCS cecah RM6b!

Agak2 le ni Cadangan Kapal pengempur versi Tony Pua



Harga bahan yang meningkat selain aspek persenjataan dan penderiaan canggih yang dilengkapkan pada enam buah kapal jenis Littoral Combat Ship (LCS), menyebabkan kos pembinaannya tinggi hingga mencecah RM6 bilion, kata Panglima Tentara Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata, kapal LCS yang akan dibina oleh syarikat tempatan Boustead Naval Shipyard di negara ini dengan kerjasama enam limbungan terkemuka dari luar negara itu, mempunyai keupayaan yang jauh lebih baik berbanding Kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV) yang digunakan TLDM sekarang.

"Kos itu merangkumi kos keseluruhan pembinaan kapal termasuk aspek persenjataan canggih, penderiaan dan radar berkeupayaan tinggi dan mempunyai sonar yang dapat mengesan kapal selam musuh.

"Industri pertahanan negara sedang membangun dan banyak bergantung kepakaran negara luar dan ini adalah punca utama kos harga kapal menjadi tinggi,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen (MP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa harga pembelian enam buah kapal itu adalah 870 peratus lebih mahal berbanding pembelian sama oleh negara lain.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Pua yang mendedahkan kos pembelian negara lain juga tidak menggambarkan harga sebenar kerana kebanyakan negara tidak akan mendedahkan aset sebenar ketenteraan mereka, katanya.

Beliau berkata, TLDM sangat memerlukan kapal LCS yang berkeupayaan tinggi dengan mempunyai tiga dimensi iaitu permukaan, udara dan bawah laut untuk mempertahankan perairan negara.

Berbanding OPV yang hanya merupakan kapal pesisir, LCS akan dilengkapi dengan sistem pertahanan yang canggih seperti sistem kawalan dan pemerintahan, sistem peperangan elektronik, sistem penggerak enjin pelbagai kawalan, radar penjejak, radar pengesan tiga dimensi, peluru berpandu dalam laut dan udara, dan torpedo antikapal selam.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC