''Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada umatnya bahawa orang yang sewenang-wenangnya mentafsir al-Quran tanpa ilmu, maka dia sedang menempah kerusi di dalam neraka,'' tegas Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad.
Menurut beliau, golongan yang dimaksudkan Nabi Muhammad itu merupakan mereka tidak takut kepada ajarannya tetapi hanya takut sekiranya kuasa untuk menawan sesuatu hilang.
Jelas beliau, contoh terdekat golongan seperti ini ialah bekas rakannya sendiri iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.
''Saya tahu Anwar dan Nurul Izzah bukannya golongan yang benar-benar mempunyai latar belakang agama hebat, maka kenyataan keluar oleh mereka tentang Islam tidak berlandaskan kepada mana-mana ulama, mufti mahupun Majlis Fatwa,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
From: utusan.com.my
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, November 16, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment