Friday, November 16, 2012

Laaa.. @n_izzah tak yah taubat, Mufti pulak kena taubat.. Awat lagu tu #IzzahPlural oiiii

Enggan desak Nurul Izzah bertaubat di suruhnya Mufti pulak bertaubat..

Meskipun menyatakan tidak menyokong Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap menganggap isu tersebut kecil.

Malah, Harun seolah-olah menanggap Nurul Izzah tidak melakukan kesalahan besar, justeru enggan meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai itu supaya bertaubat sebagaimana nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Bertaubat itu kalau dia buat salah besar, dalam perkara-perkara seperti itu Tan Sri Harussani pun harus bertaubat kerana dia tidak menyokong perjuangan Islam, dia harus bertaubat," katanya ditemui selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan di sini.

SAYA SENTIASA BERTAUBAT : HARUNSANI

Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya. Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC