Tuesday, November 13, 2012

SERAM NEH.. Giliran Ketua Ulamak Pas BALUN Nurul Izzah @n_izzah #IzzahPlural

PETALING JAYA: Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menganggap Nurul Izzah tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam agama.

Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

"Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.

"Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama," kata Harun.

Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.

Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama," katanya.

Harun turut bertanya, mengapa isu Nurul heboh diperkatakan tetapi tidak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun pemimpin nombor satu juga banyak bercakap salah mengenai agama Islam.

Harun berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nurul dalam satu program di dalam sebuah gereja Sabtu lalu.

Dalam program tersebut Nurul dilaporkan sebagai berkata, jika kebebasan beragama boleh digunakan kepada orang bukan Islam ia juga seharusnya melibatkan orang Islam juga.

Kenyataan tersebut menimbulkan kontroversi sehingga beberapa pihak membuat laporan polis terhadap pemimpin muda PKR itu.

Nurul bagaimanapun, menafikan beliau membuat kenyataan tersebut dan mendakwa ia diputarbelit oleh media.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. kalau pm banyak kesalahan bercakap hal agama kenapa ulamak tidak menegurnya terutamanya ulamak yg bernaung dengan parti pas.

    ReplyDelete
  2. Muhyiddin Pemimpin LEMBU.... Puteri UMNO Kump ANJING Gila Babi....

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... BAPAK lembu..... Wanita LEMBU... Kecik2 tak nak mampus, Dah tua menyusahkan orang.....


    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~


    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC