Monday, November 26, 2012

BARU TADI JADI - LELAKI MANGSA AMUK KOMA

Pasangan "ganas" yang menyerang seorang warga emas dan menggeledah rumahnya, dijatuhkan hukuman penjara.

Laurynas Dauksas, 25, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun manakala Aurelisa Galdikaite, 23, dipenjara sembilan tahun kerana menyerang Arnold Hilton.

Hilton, 88, bekas pekerja syarikat lombong arang batu, ditumbuk dan disepak manakala hampir setiap "laci di setiap bilik" rumahnya di Uphollad, Lancashire, digeledah oleh pasangan itu, Mac lalu.

Dia ditemui oleh anaknya, Stuart, berdarah dan terbaring di lantai bilik tidur pada jam 6.30 keesokan paginya.


Hilton memberitahu anaknya, dia tidak akan dapat bertahan lagi.


Stuart berkata, ayahnya mempunyai lima anak, sepuluh cucu dan seorang cicit, berubah sejak serangan itu.

"Sebelum serangan itu, walaupun sudah berusia 88 tahun, beliau seorang yang suka bersosial. Dia akan menaiki bas untuk pergi ke pub sejauh dua batu, untuk bertemu rakannya."

Stuart berkata, bapanya suka sukan dan bermain gol serta suka menonton bola sepak dan ragbi.

"Tapi sekarang, dia sudah tidak boleh keluar lagi dan terpaksa tinggal di rumah orang tua 24 jam," katanya.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan Lithuania itu, Hakim David Aubrey berkata, "Ini adalah kesalahan kejam menjijikkan. Anda memusnahkan hidup lelaki itu, walaupun anda tidak membunuhnya tetapi anda mungkin akan melakukannya."


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC