Diriwayatkan oleh An-Nawwas ibn Sam'an: "Dia, yang hidup dan melihatnya (Dajjal) harus membacakan di hadapan ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi," (HR Muslim).
Diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili: "Barangsiapa memasuki nerakanya (Dajjal), mintalah pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi sejuk terhadap Ibrahim," (HR Ibnu Katsir).
Tanda-tanda dan rahsia Hari AkhirSatu alasan mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surah Al Kahfi saat Dajjal mencuba memujuk rayu adalah kerana surah ini mengandungi isyarat penting mengenai Hari Akhir, seperti pelbagai hal yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal, dan gerakan-gerakan anti-agama yang menimbulkan pelbagai kejahatan atas kemanusiaan, yang ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.
Surah Al Kahfi ini juga mengandungi pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin. Anjuran Rasulullah SAW untuk menghafal dan membaca surat ini dengan penuh perhatian adalah suatu isyarat kuat tentang hal ini.
Seperti kita akan lihat di seluruh bab ini, pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir, pelajaran bahawa Musa AS belajar daripada Khidr, dan pemerintahan di atas dunia yang ditubuhkan oleh Dzulkarnain AS agar dapat menyebarkan nilai-nilai Islam, adalah perkara-perkara yang perlu direnungkan oleh orang-orang beriman.
Lalu orang seperti apa yang sangat disukai oleh Dajjal? dan tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di hati-nya?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, November 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment