Seorang kontraktor kesal kerana ada pihak tidak sensitif dengan umat Islam apabila menjual makanan ringan mengandungi pelekat lambang salib sebagai cenderamata dalam kotak makanan berkenaan yang biasanya dibeli kanak-kanak.
Kontraktor itu yang mahu dikenali sebagai Chaq, 40-an, berkata dia membeli makanan ringan dalam kotak berharga RM1 di sebuah pasar raya di Bagan Ajam dekat sini, untuk anak saudaranya, kelmarin.
"Selain makanan ringan, ada beberapa keping gambar kartun dalam kotak berkenaan dan salah satu ialah lambang salib yang dilekatkan pada peti sejuk.
"Mulanya saya sangka ia gambar kartun biasa tetapi selepas diamati ia sebenarnya lambang salib," katanya di sini, semalam.
Pemerhatian pada kotak makanan ringan berkenaan mendapati tertera notis 'mengandungi barang istimewa' dan 'tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah enam tahun'.
Chaq berkata, mungkin ada pihak sengaja menjadikan lambang salib sebagai hadiah dalam makanan ringan dengan kanak-kanak sebagai kumpulan sasaran.
"Ketika isu kalimah Allah hangat diperkatakan, ada pula pihak cuba menyentuh sensitiviti umat Islam dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku," katanya yang membuat aduan kepada Pertubuhan Pembela Insan (PPI).
Perkara begini begitu sensitif. Patutnya kita mengelakan ianya berlaku. Namun ada pihak yang cuba bermain dengan api apabila melakukan perkara seperti ini.
Pada ibu bapa hati-hatilah dengan barangan yang dibeli untuk anak-anak. Tengok betul-betul baru beli. Kandungan makanan ringan juga perlu diambil berat, kerana sudah beberapa kali makanan ringan seperti keropok atau gula-gula diletakan lemak babi.
Paling senang, ketahuilah apa makanan yang mahu kita makan. Insyallah selamat dunia akhirat!
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Tuesday, February 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment