Thursday, March 8, 2012

ALLAH MAHA BESAR. YDP PAS TAIPING CANANG MB PERAK FITNAH ISU BR1M.. KINI TERPALIT DI MUKA PAS.


Media pakatan haprak melalui blog2 mereka masing-masing sekarang sedang melancarkan fitnah kepada YAB MB Perak dengan video YDP PAS Taiping ( klik sini ) yang mengatakan YAB MB Perak membuat fitnah terhadap PAS kawasan Kamunting. Apa yang boleh di terbitkan di sini adalah satu bentuk pengakuan YDP PAS berkenaan berkaitan sememangnya PAS bukan sahaja di Taiping malah seluruh negara melakukan aktiviti yang tidak sihat ini ( kutip duit ahli )..

Memang kompom lah derma atau sumbangan yang di perolehi adalah dari hak rakyat. Bukan sahaja BR1M malah bonus-bonus lain pun di kutipnya. Mana mungkin seorang ahli sanggup menolak hasrat untuk menderma dari seorang pemimpin. Mahu tidak mahu, dengan hati yang berat di keluarkan juga. Ini kah bentuk kebajikan yang diuar-uarkan oleh sebuah parti yang kononnya berlandaskan kebajikan. Tidak kan. Sepatutnya ahli di bela, di tolong, di bantu dan di jengok2 bukan dengan menadah tangan atau tin milo seperti yang kita nampak di setiap ceramah PAS. Dan sepatutnya ketua keluarga yang menerima sumbangan itu untuk anak2 dan bini masing bukan nye kepada pemimpin PAS.

Bukan sahaja YAB MB Perak di cemuh ekoran statement ini, ruangan TC di blog mahupun di Facebook di cemuh abis. Xpe, TC ok je. Marilah sekumpulan Garuda datang menyerang sekali pun, TC hadap tanpa menoleh kebelakang. Deme kata ia sebahagian daripada cara Rasullullah berjuang. Apa niiiiii, jangan le nak di samakan dengan zaman Nabi. Zaman itu zaman berperang dengan sapa. Aduhai teruk sungguh le anggapan deme ni. Ok merungkai kembali pasal YDP PAS ni cer ushar statement YAB MB Perak.

LUMUT 3 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Nampak terang lagi bersuluh YAB MB Perak dalam ayat beliau "MENGULAS" dari blog... "DITANYA OLEH WARTAWAN".."MERUJUK SURAT".

Paham ke tak paham dengan ayat di atas.

Dari blog TC pulak entri (klik sini).. Aduhai, ada ke TC sebut pekeling tu berkaitan dengan BR1M dan hangpa balun duit BR1M.. TC cuma mendapat maklumat pakcik tua yang merungut di kedai kopi itu. Nampak tak tajuk entri yang di akhiri dengan tanda ?.. Selepas pada pesuruhjaya PAS Perak, Pak bakar Husin tidak menafikan, haaaaa baru jelas terang, kompon, padat, terbukti sememangnya benda ini terjadi. Hahaha, kome Juak-Juak PAS udah masuk perangkap TC.

Di tambah pulak dengan statement YDP PAS yang tak berapa cerdik ni, aduhaiiiii nampak sangat la PAS sememangnya sedang syok memungut duit ahli bukan sahaja dari BR1M malah dari bonus2 yang kerajaan sumbangkan kepada rakyat. Itulahhh, Allah itu Maha Adil Dan Penyanyang, jangan kita melabelkan orang sebagai fitnah, Allah bayar Cash ooooo, kan udah nampak Allah tunjukkan pekung kome semua.

TC: siapa faham ayat merujuk kepada sila angkat tangan.. Juak PAS boleh dok diam2.. Haaaaa..

Teruskan perjuangan YAB MB Perak Dato seri Zambry, sememangnya ia betul sebab seluruh pelosok negara di kalangan pemimpin PAS tidak pernah menafikannya. TC dengan sekeras-kerasnya tidak mengambil jalan tengah seperti mana sesetengah blog pro umno sebaliknya mengatakan sememangnya gejala kutip duit dari rakyat dari hasil sumbangan adalah sesungguhnya amat tidak sihat.

Allah Maha Berkuasa: Kebenaran di tunjukkan serta Merta di Bumi Bertuah Perak.. Allahuakbar..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC