Saturday, March 17, 2012

LATEST - LEMBAGA DISIPLIN SEDANG KUMPUL MAKLUMAT KADIR SHEIKH

PUTRAJAYA: Lembaga Disiplin UMNO sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lalu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran UMNO itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lalu, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Katanya, BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya. - BERNAMA

TC: pening la dgn dia sorang ni. Belah mana pun x tau la. Tak abis2, keeee dah tau xdapat jadi........

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC