Tuesday, March 20, 2012

HARAM SEGALA KERJASAMA DENGAN YAHUDI KATA MUFTI - HADI APA CELOP NI.

Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hakikat itu jelas jika dikaitkan dengan kekejaman kaum Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.

''Kedudukan orang Yahudi pada zaman Nabi Muhammad SAW dahulu berbeza kerana mereka dikategorikan sebagai kafir zimmi yang bersetuju untuk berlindung di bawah naungan kerajaan Islam.

''Namun, Yahudi di Israel dewasa ini adalah kafir harbi yang wajib diperangi kerana golongan tersebut memusuhi umat Islam dan menjajah sebuah negara Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian parti berkenaan menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan hubungan dan kerjasama dengan kelompok Yahudi yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.

TC: statement hadi berkisarkan politik survival semata-mata.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC