Wednesday, December 19, 2012

HOT - MUFTI PERAK MENGAMUK, SIAP KO HAJI HADI. JAGA2 YEE..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak sesekali akan menutup mulut bagi menegur kesalahan sesetengah pihak termasuk 'amanat' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggambarkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu digelar sebagai 'syaitan bisu'.

Oleh itu katanya, beliau tidak sesekali akan tunduk dengan tekanan yang dilakukan ke atasnya termasuk yang terbaharu daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang meminta beliau menutup mulut dan tidak mencampuri urusan politik negara.

"Saya akan terus bersuara bagi menegur apa yang dilihat salah atau mungkar, tidak kira perkara berkaitan politik, akidah atau apa sahaja demi kepentingan umat.

"Adakah patut saya diam apabila terdapat ahli Pas datang menangis kepada saya mengatakan dia selama ini percaya bahawa UMNO itu kafir sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Saya tidak mahu jadi 'syaitan bisu' seperti gelaran yang dikatakan sesetengah pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Harun seperti dipetik laporan sebuah portal akhbar berbahasa Melayu hari ini menasihatkan para mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan UMNO.

"Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya.

Kenyataan keras Harun itu ekoran gesaan Harussani dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam agar Abdul Hadi wajib menarik balik 'amanat' dikeluarkannya pada 1981 yang seolah-olah menggambarkan UMNO kafir kerana mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

Selain itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin semalam juga apabila mengulas isu Abdul Hadi mengingatkan bahawa golongan pemimpin seharusnya menumpukan kepada usaha penyatuan Islam dan jangan mengata antara satu sama lain.

Harussani menambah, beliau mengikuti perkembangan politik tanah air dan mengetahui pengikut Pas juga pernah menganggap UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini parti itu bersekongkol pula dengan DAP.

"Saya tidak memihak UMNO atau Pas. Saya mengatakan menyambut Thaipusam adalah haram dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memanggil saya bagi menjelaskan beliau tidak ke kuil semasa sambutan itu tetapi sekadar di dewan bagi menyampaikan sumbangan.

"Apabila itu timbul, ada yang kata saya minta ampun kepada Najib dan cium tangannya. Saya ingin tegaskan saya tidak pernah minta ampun dan tak pernah cium tangan beliau. Apabila teguran saya kepada Abdul Hadi keluar, saya mendapat mesej di telefon, kata saya dah mati dan munafik, terpulanglah," tegasnya.

Oleh itu, Harussani tetap menegaskan Abdul Hadi wajib menarik balik amanatnya pada 1981 kerana menimbulkan kekeliruan terhadap ahli Pas yang menganggap orang UMNO sebagai kafir.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. Semoga Tan Sri mufti terus gagah menghadapi dugaan dalam menegakkan syiar Islam.

    Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC