Thursday, December 20, 2012

LATEST HOT - BLOGGERS MARHAIN BN BAKAL BERGELAR JUTAWAN. AHLI PARLIMEN TAIPING DISAMAN.

Untung aaaa sahabat TC kalau boleh dapat juta-juta. Hehehehe, apapun insyaallah TC akan bantu sekupangduas walaupun apa dugaan melanda dek Pakatan Hancing punya penangan.

Lawan tetap lawan bro, itu yang janjikan semasa mula2 kita berkenal dahulu. TC tau sekupangduas punya semangat yang kental. Errrrrrr, kalau dah jutawan karang, sekupang dua jangan lupa kita ekkk.. Ngeeeeeeeee..

Kita ikuti statement sekupangdua dalam menjawab isu dengan Nga Kor Ming.

Petang tadi teman terpanggil menjawab segala pembohongan Nga Bila dalam Sidang Dewan siang tadi menyatakan teman mengaku bersalah memfitnah, meminta maaf pada beliau serta makamah mengarah menarik balik artikel berkenaan seprti mana yang dia dakwa...

Dalam Kenyataan teman dalam sidang akhbar tadi...

Retetan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga didalam Dewan Undangan Negeri 18.12.12 menyatakan bahawa saya telah mengakumemfitnah Ngadan seterusnya makamah telah mengarahkan saya menarik balik  artikel berkaitan kes saya dengan beliau. saya ingin menegaskan bahawa makamah tidak pernah membicarakan dan memutuskan saya telah memfitnah beliau, aptah lagi mengarah saya untuk menarik balik artikel tersebut

Apa yang terjadi ialah pihak-pihak yang terlibat telah bersetuju menarik balik kes masing-masingdengan kos ditanggungsecara sendiri seterusnya suatu penghakiman Persetujuan telah direkodkan di Makamah tersebut, Saya ingin menegaskan bahawa kes fitnah yang dibawa oleh Nga terhadap saya dan juga tuntutan  balas fitnah saya terhadap beliau tidak pernah dibicarakan dan diputuskan oleh makamah

Oleh kerana Nga telah menyebarkan maklumat berkenaan dengan penghakiman persetujuan tersebut didalam blog nya secara tidak benar, maka saya telah sekali lagi menyaman malu beliau memandangkan terdapat kenyataan yang dibuat beliau telah seolah-olah menyatakan saya telah memfitnah beliau

Oleh yang demikian juga , saya menyatakan bahawa Nga pada hari ini telah berbohong didalam sidang Dewan Undangan Negeri dengan sekali lagi membangkitkan pekara ini maka saya ingin menyarankan supaya Nga  dih adapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Artikel 35 dimana Seorang Ahli Dewan MESTILAH  bercakap BENAR! 

APA-APA PUN TEMAN SEBAGAI RAKYAT JUGA BERPENDAPAT, JANGAN BERBOHONG DALAM SIDANG DEWAN, KALAU BERANI BERBOHONG DALAM SIDANG APATAH LAGI DENGAN RAKYAT?

Sumber: http://sekupangduas.blogspot.com/

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC