Friday, December 28, 2012

WOW - NGA Dan NGEH Terngaga Kenyataan YB Midah. Hahaha, Dengan Wanita Pun Terkulai Ka..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman meminta Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menjadi 'anak jantan' dengan tampil memberi keterangan kepada polis berhubung kata-kata berbaur ugutan kepadanya baru-baru ini.

Hamidah berkata, Kor Ming yang juga ADUN Pantai Remis tidak sepatutnya memperalatkan pemimpin DAP lain untuk membuat laporan polis kononnya dakwaan ugutan itu adalah palsu.

"Kor Ming yang ugut saya tetapi ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula buat laporan polis kata saya buat laporan palsu. Hentikan peralat Sivakumar. Berani buat laporan polis sendiri, baru anak jantan," katanya.

Hamidah membuat kenyataan tegas itu melalui laman sosial Twitter kepada Kor Ming dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham semalam.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC