Saturday, December 15, 2012

LAGI ULAMA KECAM PAS. KO PAS KO PAS KO PAS

  
Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata, akibat daripada 'berkawan' dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan.
   
Pas sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail.
   
Beliau menganggap 'ulama politik' dalam Pas hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam.
   
Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keputusan terbaharu kerajaan Pas Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.
  
"Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh Pas untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja.
   
"Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin Pas," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan Pas pada masa kini.
   
Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah Pas yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti. - Bernama


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC