Friday, December 28, 2012

SUMBANG MAHRAM DI KELANTAN. GAMPANG BETUL.

Berbalik kepada kisah sumbang mahram tadi, janda dan anaknya masing masing telah dihukum penjara 2 dan 6 bulan serta denda dua ribu ringgit setiap seorang oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu dan hukuman pula dijatuhkan serta merta.

Pelik juga kenapa ada dua jenis hukuman untuk kesalahan yang sama? Tapi tak mengapalah, janda dan pemuda tersebut telah pun MENGAKU melakukan perbuatan tersebut.

Nah!! saya tak berapa arif tentang perkara perkara dari segi Legal ni, apatah lagi jika ianya bersangkut paut dengan hukum Syariah, tetapi berdasarkan pemahaman saya (dan rakyat) tentang Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Negeri, bukankah pasangan ini boleh dijatuhkan hukuman mengikut hukuman Hudud memandangkan mereka mengaku melakukan perkara tersebut?

Sebelum ni banyak sahaja kes syariah yang berakhir dengan denda sahaja di Kelantan. Jikalau tak silap saya, Enakmen seperti denda ini serupa sahaja dengan negeri lain dan ini termasuklah dengan kes 4 orang guru agama di Kelantan yang mengishtiharkan diri keluar dari Islam.

Apabila Jabatan Agama islam negeri memanggil mereka untuk disuruh bertaubat, tapi mereka tak mahu . Jadi kes ni menjadi sunyi sepi sahaja selepas itu. Bukankah kes ini juga boleh di rujuk dalam hukum Hudud?

Kes terbaru pula berlaku di Terengganu, Pesuruhjaya Agama Terengganu mengishtiharkan seorang guru agama Ayah PIN telah murtad dan sesat.

Bukankah kes ini juga boleh dirujuk ikut hukum hudud? berita terakhir yang saya baca ialah guru agama itu PUN tak mahu bertaubat, malah sebelum ni guru agama itu sudah di penjara akibat kesalahan yang sama.

Saya harap pemimpin dalam PAS boleh melakukan sesuatu cepat untuk menunjukkan komitmen mereka terhadap hukum Islam di negara ini. Janganlah laksanakan atas kertas sahaja, buktikan bahawa kerajaan negeri akan laksanakan hudud secara logical dan teknikal. Kes sudah ada di depan mata, janganlah membisu seribu bahasa pula. Kami sebagai rakyat sedang menunggu akan tindakan seterusnya.

Ikut kata tuan guru Hadi Awang, mereka tak perlukan penguatkuasa dan kemudahan lain seperti penjara dari pihak Federal, maka laksanakan segera. Jangan Indah Kabar dari rupa sahaja. Kami nak tengok hasilnya!Tidak usah beretorik sahaja. Pilihanraya dah hampir ni. Kami pasti setakat mewarta hanya untuk mengabui mata rakyat. Semua ini kerana UNDI! Jangan menggunakan Agama untuk kepentingan UNDI sahaja

disclaimer: jikalau kes diatas tidak boleh di hudud, sila nyatakan sebabnya, TAPI jangan salahkan orang lain pula jika gagal melaksanakan.

From: mykmu.net


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC