Thursday, December 20, 2012

@ybmidah Ajak 'BERTUMBUK' Dengan @ngehkooham Dan @ngakorming AMACAM ADA BERANI KA?

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiusahanya, Nga Kor Ming dicabar menafikan mereka merupakan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pencarian beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati dua pemimpin kanan DAP negeri itu merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

''Saya sudah buat pencarian di SSM pada Isnin lalu dan saya mendapati Koo Ham dan Kor Ming merupakan antara enam ahli lembaga pengarah di syarikat tersebut.

''Jika tidak ada kena mengena, mereka perlu berani menafikan jika mereka bukan ahli lembaga pengarah syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. dan jika mereka ada kepentingan di syarikat itu, mereka perlu dedahkan berapa kos yang dibayar untuk membeli tanah tersebut," katanya dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC