Sekumpulan empat perompak tidak sekadar melarikan barang kemas malah turut membuli dua wanita disamun apabila mangsa dipaksa menanggalkan semua pakaian hingga bogel.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi kelmarin suspek bersenjatakan parang panjang bertindak menyerbu ke sebuah rumah didiami dua wanita itu di Taman Paduga Setia, Kampung Boyan, di sini.
Sumber polis berkata, penjenayah dikatakan memanjat pagar rumah mangsa sebelum menyeluk tangan melalui jeriji pintu hadapan untuk mendapatkan kunci pintu berkenaan.
"Difahamkan seorang mangsa yang berusia 50 tahun sedang memasak di dapur sebelum terdengar bunyi pintu hadapan rumahnya dibuka seseorang.
"Mangsa yang meninjau ke bahagian ruang tamu rumah terkejut apabila mendapati empat lelaki bersenjatakan parang menceroboh masuk ke dalam rumah," katanya.
Menurutnya, penjenayah kemudian memaksa mangsa dan ibu mentuanya yang berusia 75 tahun supaya menanggalkan semua pakaian.
"Mangsa kemudian diikat penjenayah yang bertindak merampas barang kemas dipakai mangsa. Malah penjenayah turut menyelongkar rumah berkenaan bagi mendapatkan wang tunai dan barang kemas lain.
"Pada masa sama, anak lelaki wanita warga emas itu yang berusia 40-an kebetulan pulang ke rumah. Dia turut ditahan dan diugut dengan parang oleh penjenayah sebelum rantai emas dipakai turut dirampas," katanya. Difahamkan ketiga-tiga mangsa diikat kaki dan tangan menggunakan kain dan wayar.
"Penjenayah yang memperoleh barangan kemas dan wang tunai dianggarkan RM20,000 segera melarikan diri dipercayai dengan menunggang motosikal.
"Mangsa dapat membuka ikatan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Taiping berhubung kes rompakan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian selain memaklumkan suspek turut melarikan wang RM1,500 dan dua telefon bimbit milik mangsa.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment