Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.
Lebih keji, pembantu rumah terbabit yang berusia 24 tahun bekerja dengan majikannya sejak setahun lalu dan melakukan kerja kotornya itu bermula awal tahun ini, setiap kali bersendirian di rumah majikannya itu.
Difahamkan, pembantu rumah terbabit menyasarkan lelaki hidung belang terutama penduduk di kawasan perumahan berkenaan dan mengenakan bayaran perkhidmatan RM50 hingga RM100.
Bagaimanapun, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi, Jumaat lalu, kebudohan pembantu rumah itu meminta pertolongan majikannya menuntut bayaran khidmat seksnya daripada seorang pengawal keselamatan membongkar rahsia pendapatan sampingannya itu.
Berang dengan pembantu rumah terbabit selain kesal dengan sikap pengawal keselamatan yang turut menjadi pelanggan, majikan amah itu membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini, kerana bimbang kegiatan tidak bermoral itu berterusan di rumahnya.
Menurut sumber, mangsa yang berusia 56 tahun itu menyedari kegiatan jijik pembantu rumah terbabit selepas diakui sendiri wanita itu ketika dia bersarapan.
"Pembantu rumah itu resah dan selepas mangsa menanyakan apa yang berlaku, wanita itu menceritakan kepada mangsa.
"Dipercayai, pembantu rumah itu tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang dia berkhidmat, malah cermat dalam menjalankan tugas mengemas serta menjaga rumah mangsa.
dia ade regular customer le tuuuu..
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment