Saturday, December 8, 2012

MENANTU HADI AWANG DI TOLAK JADI CALON LARUT. PAS LARUT UGUT BOIKOT PRU13

Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat.  Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.

Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.

"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.

"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.

Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.

"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.

"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.

"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.

"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

4 comments:

  1. Amalkan Cah keting......... terbaik.

    ReplyDelete
  2. Tak apa..Parti anak beranak..kalau boleh nak letak cucu ngan cicit sekali bertanding...lu orang ikut perintah dah ler..jgn bising2, nanti tak masuk sorga.

    PAS kan sebuah parti yg paling bagus utk anak beranak..kena ikut PKR ngan DAP..semua letak anak beranak. Kroni penting & halal, yg tak halalnya bila berada dibawah BN...pangkah ler PAS..kalau tak bau haruman sorga..bau haruman kentut Hadi & Nik Aziz pun jadi la...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sama sahaja amalan dalam parti politik baik pas umno pkr dap mca mic gerakan dll.. calun yang ditetapkan oleh pusat mesti terima walupun calun payung terjun dan sebagainya. Ahli dipaksa atas alasan mereka yang dicalunkan adalah 'winable candidate' cuma jika BN tidak menang PKR menang , jika pkr kalah BN menang . 2 X 5 5 X 2 .. ini lah permainan jahat serta percaturan pemimpin atasan parti , yang bergadyh bercakaran adalah alat mainan mereka " ahli parti bawahan"

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC