IPOH: Pakatan Rakyat memohon supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 30 Mac ini.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata jika Sultan Azlan memberi perkenan, bermakna institusi istana negeri itu mengiktiraf Datuk R Ganesan sebagai Speaker sedangkan beliau dipilih secara tidak sah.
Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan mendakwa, Ganesan dilantik sebagai 'Speaker' dalam Sidang DUN pada 7 Mei lalu ketika Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah belum merasmikan sidang.
Katanya, Ganesan dilantik oleh Adun Barisan Nasional (BN) ketika sesi pagi yang belum bermula sedangkan Raja Dr Nazrin merasmikan Sidang DUN kira-kira 3 petang.
"Jika Sultan Perak mengiktiraf Ganesan, kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja akan merosot.
"BN juga sudah memulakan tradisi bahawa perasmian Sidang DUN oleh Sultan atau Raja Muda tidak diperlukan kerana Speaker boleh dilantik sebelum sesi bermula," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Ngeh yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, sesi pagi yang dipengerusikan oleh Adun Jelapang, Hee Yit Foong (Bebas) ketika proses pelantikan Ganesan juga dipertikai kesahan sidang itu kerana Hee tidak dibenarkan memasuki Sidang DUN kerana sudah meletak jawatan sebagai wakil rakyat... BERNAMA
TC : Inikah yang kita mahu perangai perangai DAPIG yang sentiasa persoalkan institusi beraja kita.. PTUIHH... Haram Jadah....
TC : Inikah yang kita mahu perangai perangai DAPIG yang sentiasa persoalkan institusi beraja kita.. PTUIHH... Haram Jadah....
0 comments:
Post a Comment