Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, program yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Penyertaan nanti terbuka kepada semua generasi muda tanpa mengira latar belakang bagi mendidik mereka mengenai konsep 1Malaysia.
"Walaupun konsep 1Malaysia telah diterima baik khususnya oleh golongan muda tetapi program seperti ini penting bagi memastikan semangat tersebut sentiasa subur,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN di Wisma MCA, di sini hari ini.
Menurut Khairy, pada pelancaran program Rally 1Malaysia itu nanti, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi program susulan iaitu Jom One Malaysia.
Jelasnya, Jom One Malaysia merupakan program jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia khusus kepada penduduk di kawasan pedalaman.
Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai tersebut secara tepat.
"Kita melihat masih ramai rakyat yang tidak memahami dengan jelas apa itu GST dan pada masa yang sama juga, isu ini menjadi modal kepada pembangkang untuk memfitnah kerajaan," katanya.
TC : Apa yang diharapkan rakyat melihat kerja dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Parti UMNO sebagai parti pemerintah.. Bukan hanya sekadar cakap2 kosong, kerja dilakukan seiring saranan YAB Perdana Menteri.. TC ucapkan syabas diatas penganjuran Program ini...
RAKYAT DIDAHULUKAN.. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..
hebat banget...,, :D
ReplyDelete-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/