Monday, March 22, 2010

TIPU TIPU DAN TIPU LAGI.. an war diberi tempoh 1minggu perjelas isu 1israel 1Malaysia


TC : Kita beralih seketika dari isu-isu Perak dan tengoklah gelagat mamat nie yang tak abih abih menipu lagi....



KUALA LUMPUR, 22 Mac. – Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa seminggu untuk menjelaskan kenyataannya minggu lalu bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditiru daripada slogan 1Israel.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, memutuskan perkara itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Aziz, memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu itu.

“Memandangkan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir, kita beri masa seminggu untuk beliau perbetulkan,” katanya.

Kiandee berkata, tindakan lanjut berhubung perkara itu, iaitu sama ada akan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, akan dibuat selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberikan penjelasannya.

Katanya, usul berhubung perkara itu juga akan dibuat kerajaan.

Isu itu yang menghangatkan suasana Dewan Rakyat dengan perang mulut antara penyokong kerajaan dan pembangkang selama sejam 10 minit, dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebaik sesi soal-jawab selesai pada 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, terdapat percanggahan dalam kenyataan Anwar berhubung perkara itu pada 17 Mac lepas semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abd Rahman berkata, berdasarkan muka surat 76 hansard Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009, syarikat perunding Apco Worldwide telah memberikan nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.

Anwar berkata, syarikat sama juga telah memberikan nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak yang menjadi Perdana Menteri Israel ketika itu.

Abd Rahman berkata, kenyataan Anwar bercanggah apabila syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu.

“Saya berpendapat bahawa Anwar ternyata mengeluarkan kenyataan sebagai seorang manusia yang tidak sabar menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

Tindakan Kiandee yang membenarkan Abd Rahman berhujah mengenai perkara itu melalui Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 37(1) yang dibaca bersama 36(12), turut mengundang rasa tidak puas hati pembangkang terutama Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Beliau mendesak Timbalan Speaker itu membenarkannya berhujah mengguna pakai aturan yang sama berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohamed Nazri pada sidang lalu yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Selepas permohonannya dibenarkan, Saifuddin mendakwa Mohamed Nazri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan dalam isu royalti minyak kepada Negeri Kelantan.

Mohamed Nazri yang diminta menjelaskan perkara itu berkata, beliau sedia disiasat berdasarkan hansard Parlimen.

Saya anak jantan (binatang apa la jenis dia neh), tidak ada masalah (senyum)… saya rela disiasat. Apa yang saya jawab tidak berhasrat untuk mengelirukan Dewan…saya anak jantan, anak betina di sana tak taulah,” katanya.

Ungkapan “anak betina” yang digunakan beliau terus menghangatkan lagi suasana Dewan Rakyat apabila beberapa Ahli Parlimen wanita bangun membantah dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik perkataan itu.

Kiandee kemudiannya menenangkan suasana dengan menyatakan bahawa anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat jahat dan ungkapan “betina” yang diguna beliau membawa maksud “tak berani”.

“Saya buat keputusan tidak ada niat jahat. Masalahnya, perkataan itu sekarang ini disalah guna, diolah begitu rupa oleh Yang Berhormat Ampang, jadi ahli-ahli Yang Berhormat, jangan salah erti lagi…,” katanya. – MediaUMNO/ Bernama


TC : Apalah mangkuk sekor nie cuba nak melingkup negara jer kerja dia.....

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC