Sunday, March 14, 2010

ZAHRIN... Maafkan saya, saya bersalah kepada Melayu..



Sekarang setelah dua tahun pakatan pembangkang memerintah, barulah saya sedar

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka memohon maaf kepada para pengundi khususnya orang Melayu kerana bersekongkol dengan DAP sehingga Lim Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri turut melahirkan rasa kesal kerana terlibat membantu pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum di negeri ini.

Zahrain menjelaskan, ketika itu, beliau masih belum mengenali sikap sebenar Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.

"Masa itu, saya tidak tahu apa tindak-tanduk Guan Eng pada masa akan datang.

"Sekarang setelah dua tahun pakatan pembangkang memerintah, barulah saya sedar.

"Saya sebagai pemimpin PKR ketika itu dan pemimpin Melayu dianggap bersekongkol dengan dia (Guan Eng) menindas bangsa sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog terbuka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.

Turut hadir Presiden GPMS, Jais Abd. Karim.

Dialog tersebut bertujuan memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa orang Melayu di Pulau Pinang.

Pada 12 Februari lalu, Zahrain mengumumkan keluar PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.

Beliau sebelum ini mengkritik kepimpinan Guan Eng yang dilabel sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Pada perkembangan lain, Zahrain memberitahu, dalam pentadbiran kerajaan negeri, Guan Eng sering melihat pegawai-pegawai Melayu sebagai penjawat awam yang bodoh dan korup.

"Dia tidak percaya kepada pegawai-pegawai Melayu ini, sebab itulah dia duduk dalam lembaga tender kerajaan negeri.

"Dia mahu tentukan pemberian tender mengikut kepuasan hati perut dia saja," ujarnya.

Sehinggakan tambah beliau, orang luar dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi di bawah kerajaan negeri...


TC : Masih belum terlambat bro, kembalikan maruah Melayu di bumi Penang.. Syabas, lakukan demi Agama dan Bangsa...

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC