Polis Selangor menahan enam suspek yang disyaki terbabit kejadian membabitkan seorang guru wanita dari Amerika Syarikat yang mendakwa diculik, dirompak dan dirogol, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata semua suspek itu termasuk tiga wanita berusia antara 28 dan 39 tahun.
"Mereka ditahan di beberapa lokasi berasingan sejak 14 Mac lalu hingga pagi semalam, termasuk lima yang ditahan dalam serbuan di Taman Desa Mutiara, Sungai Jelok, Kajang kira-kira jam 6.30 pagi tadi (semalam).
"Dalam serbuan itu, polis merampas sebilah pisau dan enam telefon bimbit bagi membantu siastan kes," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat berusia 25 tahun, disamun sebelum dikurung dan dirogol bergilir-gilir selepas menaiki teksi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 11 Mac lalu.
Adnan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kes terbabit mempunyai kaitan dengan satu sindiket. - BH
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment