Wednesday, March 7, 2012

ANDA PEJUANG MAYA. JOM JOIN PCT(perak cyber troopers) UNTUK AGENDA ADA CERITA RAKYAT WAJIB TAHU.

As Salam kepada yang beragama Islam dan salam perjuangan.

Setelah 3 tahun bergelumang dengan onak dan ranjau dalam menyatupadukan sahabat2 dari kalangan bloggers, facebookers dan twitters kini nampaknya usaha yang telah nampak sinarnya. Melalui gerakan PCT ( Perak Cyber Troopers ) sedang menjalankan kerja-kerja akhir untuk perlaksanaan ini berjaya. PCT akan menggabungkan kesemua TASK FORCE (tempur, asak, serang, komen) bloggers, facebookers dan twitter attacker tidak kira anda berada di dalam Perak atau negeri lain.

Kini antara nama-nama besar bloggers iaitu sekupangduas, taipingcentral, angkatan pemikir, kamuntingcentral, aweks bukit gantang, kinta menjerit, angin paktam, pergh kiri pergh kanan, budak benteng, dan ramai (sory yg TC tak tulis, banyak bebenor) dan Facebookers2 ternama dan Twitterian Hebat bakal sertai PCT dimana PCT ini akan di jadikan sebagai BANK MAKLUMAT untuk agenda ADA CERITA YANG RAKYAT WAJIB TAHU.

Yang terbaiknya PCT yang telah berpuluh2 kali mengadakan sessi sulitnya, suasana yang di harmonikan ketika bersama amat menyenangkan. Prinsip tiada otai atau baru, tiada tua atau muda, tiada high rank atau low rank, tiada elit atau marhein samada dikalangan bloggers, facebookers atau twitterian amat menyenangkan sekali. Tiada halatuju yang bersifat berhaluan kiri atau visi nak mengembungkan poket sendiri. Hebat PCT (taipingcentral telah laluinya).

Apa yang di juangkan disini adalah kebanyakan pejuang2 maya ini yang bekerja dalam status tidak bertuan atau pejuang jalanan dapat di satukan dalam satu komuniti dan akan di pusatkan bilamana sesuatu agenda bakal di ledakkan sekaligus menjadi kegelisahan juak pembangkang melalui saluran PCT.

Visi utama PCT juga adalah memahami apa saja isu atau kemelut yang boleh membahayakan rakyat tersasar dari segala tomahan serta fitnah oleh mereka yang berhasad merosakan pemikiran rakyat adalah fokus utama PCT bagi menuteralkan semula ancaman yang berkumungkinan disalah tafsir atau seperti yang kita tahu memang menjadi agenda jahat golongan mereka yang mahu menjajah minda rakyat dewasa ini.

Bak kata bro sekupangdua, Kita (PCT) merasakan ini merupakan tanggung jawab bagi merungkai segala HASAD serta perancangan mereka-mereka yang mahukan kuasa sekalipun dengan pelbagai tipu helah untuk Hajat HALOBA mereka yang menjadikan rakyat sebagai korban mereka, PCT tidak akan sekali-kali akan memberi ruang dan laluan malah akan menentang dengan berani perompak negara ini serta pertahankan keamanan dan kemakmuran negara dari ancaman mereka.

Sehingga kini PCT masih membuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai bersama didalam PCT yang bakal dilahirkan nanti. PCT juga tidak mahu dilihat menjadi kumpulan yang bersifat kenegerian, sehubungan itu beberapa bloggers dari PCT sehingga kini dalam usaha bertemu dan berurusan dengan seluruh negeri lain yang kini hampir semua negeri insyallah akan dapat menyertai PCT sebagai rakan bloggers dan facebookers yang akan berjuang bersama di perang maya nanti, troopers dari selatan hingga keutara, seperti Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor dan negeri- negeri lain dan tidak ketinggalan Sabah, dan Sarawak bakal menjadi diantara troopers PCT nanti.

Diatas asas perjuangan dalam satu SAF PERANG, PCT tetap menerima kehadiran kalian untuk bersama. Memadai anda merupakan diantaranya yang tegar sebagai pejuang maya demi mempertahan dan memperjuangkan agama bangsa dan negara.

Insyallah akan dimaklumkan tarikh pelancarannya. TC berharap kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai PCT bolehlah:

1. meninggalkan add blog, facebook dan email anda diruangan komen dibawah.

2. atau meninggalkan add blog, facebook dan email anda diruangan komen di blog sekupang duas ( http://sekupangduas.blogspot.com/2012/03/pct-perak-cyber-troopers-bakal.html )

3. atau email terus ke pctlib10@gmail.com
4. atau perakcybertroopers@gmail.com

Insyallah akan kami maklumkan perkembangan terkini dan tarikh pelancaran...

Salam perjuangan... SYABAS PCT!

2 comments:

  1. mohon link tuan dan nk join bule?? :)

    ReplyDelete
  2. Tq TC... HEHEHE NI NAIK GAJI DAN KOLA... DEMA TAK NAK TAG ATAU POW KER BULAN-BULAN UTK TABUNG PAS...

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC