Thursday, March 14, 2013

GEMPAR - LAGI CUBAAN MASUK KE SABAH OLEH PENGIKUT KESULTANAN SULU. Standby wehhhh.

Seramai 35 orang dipercayai pengikut kesultanan Sulu bersama sama seorang wanita dipintas oleh angkatan tentera Filipina di Pulau Tawi Tawi.

Mereka yang lengkap bersenjata di pintas oleh angkatan tentera negara tersebut semasa dalam pelayaran menuju ke Sabah.

Nampaknya masih ada lagi usaha pengiut kesultanan Sulu ini yang mencuba untuk masuk ke negara ini.

Tetapi sekalung tahniah perlu diberikan juga kepada pertahanan filipina yang mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba masuk ke nagara ini dan seterusnya menjadi pengganas.

Sejak berlakunya pertempuran dan serangan dari pihak kesultanan Sulu kira kira 2 minggu lalu, beberapa anggota keselamatan negara kita telah terkorban, dan terbaru terjadi dua hari lepas dimana seorang daripada pasukan tentera terkorban setelah ditembak oleh penembak curi pengganas.

Setelah beberapa siri kematian yang melibatkan anggota keselamatan negara ini, kita masih lagi didengarkan dengan perkataan bahawa ini semua adalah satu lakonan dan pertempuran di Lahad Datu dianggap sebagai satu sandiwara.

Adalah sangat mustahil sesebuah pertempuran dengan menggunakan senjata api adalah satu lakonan dan pihak yang tidak bertanggungjawab ini mengatakan semua itu tidak benar.

Seperti kata Menteri Pertahanan semalam yang mengajak mereka yang lantang bersuara ini supaya datang melaporkan diri dan menjadi barisan hadapan dalam mencari serta menghapuskan pengganas tersebut.

Namun masih belum ada seorang pun dari kalangan mereka yang berani menyahut cabaran untuk berhadapan dengan pengganas ini dan ini membuktikan bahawa mereka ini semua hanya mampu untuk berkata kata tapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sumber: blog sangkakalajari9


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC